Friday, March 14, 2025
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut, 15 cedera dalam letupan

    JAKARTA, 13 MAC – Satu letupan membabitkan bot tunda dan kapal tangki yang membawa bahan api berhampiran Lamongan, sebuah bandar pesisir di utara wilayah Jawa Timur, Indonesia, mengakibatkan kebakaran pada Khamis, menyebabkan dua maut dan 15 cedera, lapor Xinhua yang memetik polis tempatan.

    Laporan awal menunjukkan kejadian berlaku kira-kira 6 pagi waktu tempatan ketika kapal tangki itu sedang memindahkan diesel ke bot tunda berkenaan.

    Jurucakap Polis Lamongan Ipda M. Hamzaid memaklumkan kepada media tempatan bahawa semua individu di atas kapal telah dipindahkan, dengan dua mangsa yang maut dihantar ke hospital berhampiran untuk proses pengecaman. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda