Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut, 870,000 diarah pindah

    TOKYO, 28 OGOS – Dua orang disahkan terkorban hari ini ketika hujan lebat membadai barat daya Jepun, mencetuskan banjir dan amaran tanah runtuh dengan mengarahkan 870,000 orang untuk berpindah ke tempat selamat.

    Lebih satu juta penduduk juga dinasihatkan untuk meninggalkan rumah mereka selepas jabatan kaji cuaca meningkatkan amaran kepada peringkat tinggi di beberapa bahagian utara Kyushu.

    Amaran kecemasan dikeluarkan ‘jika adanya kemungkinan berlaku bencana’.

    Para pegawai mengesahkan dua kematian, satu di wilayah barat Saga di mana seorang lelaki ditemui di dalam kereta yang telah dihanyutkan.

    Lelaki kedua maut di Fukuoka ketika dia cuba untuk menyelamatkan diri dari sebuah kereta yang terperangkap dalam arus banjir yang meningkat.

    Jurucakap kerajaan Yo-shihide Suga berkata orang ketiga, di Saga, mengalami ‘serangan jantung’ – satu terma yang biasanya digunakan oleh para pegawai Jepun yang mengesahkan kematian seseorang sebelum ia disahkan oleh doktor.

    “Adanya banyak laporan mengenai kemusnahan di kawasan-kawasan berlainan akibat sungai-sungai yang dibanjiri, tanah runtuh dan rumah ditenggelami serta adanya kemungkinan berlaku kemusnahan serius berlaku dalam beberapa jam lagi,” tambah Suga. – AFP

    Pemandangan menunjukkan rumah-rumah dan bangunan yang ditenggelami berikutan hujan lebat di Omachi, wilayah Saga pada 28 Ogos. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda