Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Dua maut, 91 selamat selepas bot ditemui terdampar di pulau Mediterranean Lampedusa

    ROM, 20 OKT – Pengawal pantai Itali berkata kelmarin ia telah menyelamatkan 91 orang daripada bot pendatang yang hanyut di pulau Mediterranean Lampedusa, manakala dua lelaki ditemui mati.

    Bot itu hanyut kira-kira 30 kilometer dari pulau Itali apabila ia ditemui oleh sebuah pesawat agensi sempadan Kesatuan Eropah (EU), kata pengawal pantai dalam satu kenyataan, sambil menambah ia telah mengerahkan dua bot peronda ke tempat kejadian.

    “Semasa pemeriksaan di kawasan bawah dek bot itu, terdapat beberapa pendatang berada dalam keadaan kesihatan yang serius dan dua mayat lelaki ditemui,” katanya.

    Mangsa yang terselamat terdiri daripada 85 lelaki, seorang wanita dan lima kanak-kanak bawah umur yang kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan helikopter.

    Agensi berita Itali, Ansa berkata, 14 daripada pendatang berada dalam keadaan serius, dengan tiga memerlukan intubasi.

    Ansa berkata, kedua-dua pendatang itu meninggal dunia selepas terhidu petrol semasa berada di bawah dek, manakala 14 lagi sakit atas sebab yang sama. – AFP

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Berangkat hadir Majlis Penutupan Rasmi ISG6

    Oleh Sim Y. H - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...