Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut akibat banjir ketika ribut Claudia landa Portugal

    LISBON, 13 NOV – Sepasang warga emas berusia lingkungan 80an ditemui maut pagi tadi selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat malam sebelumnya di kawasan selatan Lisbon yang terjejas teruk oleh Ribut Claudia, menurut pasukan penyelamat Portugal.

    Walaupun punca sebenar kematian mereka masih dalam siasatan, laporan media tempatan menyatakan pasangan berkenaan dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri apabila paras air meningkat dengan pantas.

    “Dua individu disahkan meninggal dunia selepas rumah mereka dinaiki air di Seixal, wilayah Setubal,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Perlindungan Awam Negara kepada AFP, tanpa mengulas lanjut.

    Wilayah Setubal merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat Ribut Claudia, yang melanda tanah besar Portugal serta pulau Madeira sejak kelmarin dengan hujan lebat dan angin kencang. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda