Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut akibat insiden tong gas meletup

    LA PAZ, Bolivia, 14 Feb – Sebuah tong gas meletup menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan enam yang lain cedera semalam di bandar Bolivian, Oruro, ketika insiden kedua yang sama berlaku sebelum ini semasa sambutan perayaan karnival warna tahun ini.

    “Sangat menyedihkan dan membimbangkan kerana kita berdepan dengan tragedi serta kematian orang yang tidak bersalah di Oruro selepas satu lagi insiden letupan, sebelum ini,” kata Presiden Bolivia, Evo Morales menerusi Twitter.

    Gabenor Victor Hugo Vasques mengesahkan dua kematian di bandar barat laut yang terkenal dengan perayaan karnival warna-warni itu. Media tempatan melaporkan antara empat hingga enam yang lain tercedera.

    Pada Sabtu lalu, satu letupan di tempat yang sama membunuh lapan orang dan mencederakan 41 yang lain.

    Ketika kejadian, kira-kira 25,000 penari mengambil bahagian dalam perarakan berwarna-warni yang menjadi tarikan utama pelancong di Bolivia.

    Acara perarakan itu adalah gabungan tradisi yang diwarisi daripada penjajah Sepanyol dan kepercayaan pemujaan Orang Asli Inca serta Aymara, bertujuan memohon kesihatan dan tanaman yang baik.

    Pada 2001, organisasi kebudayaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf karnival itu sebagai satu warisan budaya kemanusiaan dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda