Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Dua maut bangunan dalam pembinaan runtuh

    NAIROBI, 17 NOV – Dua maut apabila sebuah bangunan bertingkat yang sedang dalam pembinaan, runtuh dan menimpa sebuah kediaman bersebelahannya di pinggir ibu negara Kenya, Nairobi, hari ini, menurut pihak berkuasa.

    Bagaimanapun, tiga lagi mangsa berjaya diselamatkan dari rumah keluarga itu, dalam insiden yang berlaku di bandar Ruaka.

    Runtuhan pada awal pagi tadi adalah kejadian kedua seumpamanya berlaku pada minggu ini, meskipun pihak berkuasa memberi amaran terhadap pembinaan bangunan tanpa permit di bandar serta pinggir bandar.

    Kelmarin, sebuah bangunan bertingkat lain turut runtuh di bandar itu menyebabkan pekerja binaan terperangkap di dalamnya. Tiga pekerja disahkan terkorban dalam kejadian, manakala pemilik bangunan sedang diburu untuk berdepan pendakwaan.

    Insiden bangunan runtuh dilaporkan biasa berlaku di Nairobi, di mana perumahan mendapat permintaan tinggi tetapi pemaju yang tidak bertanggungjawab pula sering melanggar peraturan. – AP

    Penduduk berkumpul di tempat bangunan runtuh di Ruaka, pinggir bandar Nairobi, Kenya kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...