PARIS, 23 DIS – Dua orang terbunuh dan empat cedera dalam kejadian tembakan di tengah Paris hari ini, kata polis dan pendakwa, menambah penembak, dalam umur 60an, telah diberkas.
Motif lelaki bersenjata itu masih tidak jelas, dengan dua mangsa yang cedera berada dalam keadaan serius di rue d’Enghien.
“Penembak telah ditahan bersama senjatanya,” beritahu sumber polis kepada AFP. “Motifnya masih tidak diketahui pada masa ini.” – AFP


