Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut dalam nahas pesawat kecil di California

    LOS ANGELES, 4 MEI – Sebuah pesawat kecil terhempas di halaman belakang kawasan perumahan di selatan California, mengorbankan dua orang yang berada di dalam pesawat dan merosakkan beberapa rumah, menurut pihak berkuasa tempatan.

    Jabatan Bomba Daerah Ventura berkata, anggota bomba menerima laporan pada petang kelmarin mengenai sebuah pesawat enjin tunggal yang terhempas ke atas dua buah rumah di Simi Valley, barat laut Los Angeles.

    Menurut kenyataan jabatan bomba di platform X, pihak polis dan pejabat pemeriksa perubatan telah “mengesahkan terdapat dua penumpang dalam pesawat tersebut dan kedua-duanya maut akibat insiden itu.” – AFP

    Anggota bomba di lokasi nahas pesawat di kawasan Wood Ranch, Simi Valley, California, pada 3 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda