Khamis, November 20, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut dalam nahas pesawat ringan di Florida

    WASHINGTON, 11 NOV – Dua terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Coral Springs, Florida kelmarin, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik pihak berkuasa tempatan.

    Menurut laporan awal CBS 12, pesawat ringan berkenaan dalam penerbangan ke Jamaica bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan susulan Taufan Melissa sebelum terhempas ke dalam sebuah kolam di Coral Springs.

    Dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya, kerajaan bandar Coral Springs mengesahkan bahawa dua individu maut dalam kejadian itu. Taufan Melissa melanda Jamaica hari ini, menyebabkan banjir besar serta kerosakan terhadap infrastruktur.

    Ia kemudiannya melanda Cuba, Republik Dominican, Haiti dan beberapa negara kepulauan kecil di rantau Caribbean, mengakibatkan kemusnahan di sepanjang laluannya. – Bernama

    Pasukan kecemasan dari Coral Springs dan Coconut Creek berada di lokasi kejadian di mana sebuah pesawat terhempas di komuniti Windsor Bay, Coral Springs pada 10 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda