Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut dalam nahas roller-coaster

    BANDAR RAYA MEXICO, 29 SEPT – Dua orang terbunuh manakala dua lagi cedera apabila pengangkutan roller-coaster tergelincir di taman tema Mexico, kata pihak berkuasa.

    Laporan awal mengatakan masalah mekanikal menjadi punca pengangkutan itu tertanggal dari lorongnya dan jatuh 10 meter ke bawah, kata pendakwa raya am dalam satu kenyataan.

    Dipercayai dua lelaki maut akibat cedera di kepala, tambahnya, sementara dua wanita dikejarkan ke hospital dan salah seorang daripada mereka cedera parah.

    Kemalangan berlaku di taman hiburan La Feria di Bandar Raya Mexico kelmarin.

    Taman tema berkenaan menerusi Twitter berkata, pihaknya berasa sedih atas kemalangan dahsyat itu dan melancarkan siasatan mencari punca nahas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda