Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dua maut dalam rempuhan kereta

    BAITULMAQDIS, 10 FEB – Dua orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan rempuhan kereta di perhentian bas hari ini di Baitulmaqdis, kata pihak berkuasa.

    “Akibat kejadian rempuhan itu, dua orang terbunuh dan lima yang lain cedera,” menurut kenyataan polis Israel.

    Hospital Shaare Zedek di Baitulmaqdis berkata mereka yang maut adalah kanak-kanak berusia lapan tahun dan remaja berusia 20 tahun.

    “Suspek ditahan di tempat kejadian di Ramot, petemparan Yahudi di timur Baitulmaqdis, kata polis, menyifatkannya sebagai satu serangan ‘keganasan.’

    “Polis daerah Baitulmaqdis, termasuk seorang detektif, tiba di tempat kejadian dan menahan pengganas itu,” tambah polis dalam kenyataan berasingan.

    Seorang wartawan AFP di tempat kejadian ternampak sebuah kereta biru yang telah merempuh perhentian bas. Anak patung warna merah muda adalah antara objek yang berselarak di lokasi itu manakala sebuah helikopter berlegar di atas tempat kejadian. – AFP

    Anggota menyelamat dan polis forensik Israel bekerja di lokasi rempuhan di perhentian bas di Ramot, petempatan Yahudi di timur Baitulmaqdis kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...