Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut, dua hilang selepas bot karam

    LISBON, 8 APRIL – Seorang lelaki dan seorang budak lelaki maut, manakala dua lagi lelaki lain hilang, selepas bot peranginan mereka karam kelmarin di luar pantai Portugal, kata pengawal pantai.

    Orang kelima di atas bot, jurumudi berusia 62 tahun, telah diselamatkan oleh sebuah kapal yang lalu di kawasan tersebut, menurut kenyataan pengawal pantai.

    Sebuah bot pengawal pantai menemui mayat seorang budak lelaki berusia 13 tahun dan seorang lelaki berhampiran tempat bot itu turun tiga kilometer dari Troia, sebuah semenanjung di selatan Lisbon, tambahnya.

    Kapal pengawal pantai, dibantu oleh kapal tentera laut dan pesawat tentera udara, sedang mencari dua mangsa lelaki yang masih hilang.

    Pegawai pada mulanya berkata budak lelaki di dalam bot itu berumur 12 tahun. Penumpang lain termasuk bapanya, yang berusia sekitar 45, dan dua orang lelaki berusia 21 dan 23 tahun, kata pengawal pantai dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda