Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut, dua kritikal, guna racun serangga bunuh kutu

    JAKARTA, 28 Ogos – Gara-gara menggunakan racun serangga untuk menghapuskan kutu di kepala, dua beradik maut manakala seorang lagi serta ibu mereka dilaporkan kritikal akibat keracunan, dalam kejadian di Jawa Tengah, semalam.

    Media dalam talian tempatan melaporkan, dalam kejadian di Desa Kiringan, Boyolali itu,  dua kanak-kanak perempuan Qaulan Shakila, 9 dan Khamila, 4, meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan, manakala kakak mereka Klarissa, 12 serta si ibu, Akhir Rutiyani, 35, dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Pandan Arang, Boyolali.

    Empat beranak itu  dikejarkan ke hospital oleh seorang anggota keluarga mereka selepas melihat mereka pening dan muntah-muntah setelah Akhir Rutiyani menggosok “ubat kutu” di kepala tiga anaknya dan kepalanya sendiri.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda