SIBU, 23 MEI – Dua lelaki maut selepas terjatuh ke dalam ruangan sempit di sebuah kapal tongkang yang berlabuh berhampiran Toyota Centre, Lorong Lanang 61, hari ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 9:21 pagi dan jentera dari Balai

