Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut jatuh gunung

    WELLINGTON, 7 NOV – Dua pendaki warga Australia maut setelah terjatuh 300 meter dari gunung di New Zealand selepas tali yang menghubungkan kedua-duanya itu dipercayai terputus akibat geseran batu tajam, kata para penyelamat hari ini.

    Brett Lentfer, 62, dan James Spaile, 44, berada di tebing curam banjaran gunung Remarkables dekat resort pelancongan Queenstown ketika kemalangan berlaku kelmarin.

    “Laporan awal yang saya terima adalah…entah bagaimana tali itu terputus.

    “Biasanya tali yang digunakan cukup kuat namun batu-batu tajam boleh merosakkannya dengan pantas,” kata Chris Prudden daripada pasukan Penyelamat Gunung Quenstown. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda