Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut kebakaran hospital di Perancis

    PARIS, 29 OKT – Dua pesakit maut dalam kebakaran sebuah hospital di tengah Perancis, kata Menteri Kesihatan, Aurelien Rousseau kelmarin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Seorang daripada mangsa berada dalam keadaan tenat sebelum kejadian itu manakala seorang lagi menerima rawatan di hospital itu selama beberapa hari, katanya yang melawat hospital terjejas di bandar Limoges.

    Hospital itu dalam satu hantaran di Facebook berkata masih tidak jelas sama ada kematian salah seorang daripada dua mangsa itu berkaitan dengan kebakaran.

    Kebakaran berlaku di bilik pesakit di hospital itu di Limoges pada Jumaat malam.

    Kakitangan keselamatan dan bomba berjaya mengawal kebakaran dengan agak cepat.

    Menurut laporan media, puluhan pesakit daripada wad yang terjejas kerana kebakaran itu telah dipindahkan ke bahagian lain hospital itu. – Bernama

    GAMBAR FREEPIK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda