Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut kejadian tembakan rambang

    MIAMI, 30 MEI – Dua individu maut dan sekurang-kurangnya 20 lagi cedera apabila sekumpulan tiga individu melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai di luar sebuah konsert di Miami, Florida, hari ini.

    Insiden tembakan rambang itu berlaku ketika beberapa jam permulaan konsert di dewan biliard di tanah komersial berhampiran Miami Gardens.

    Lokasi itu sedang menganjurkan ‘acara berjadual dan beberapa penaung sedang berada di luar’, kata Jabatan Polis Miami-Dade dalam satu kenyataan.

    “Apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Pathfinder menghampiri lokasi kejadian, tiga individu keluar dan mula melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai.

    “Ketiga-tiga individu itu kemudian masuk kembali ke dalam kenderaan berkenaan dan melarikan diri dari lokasi,” katanya.

    Pasukan polis pertama yang tiba lokasi menemui dua individu yang sudah meninggal dunia.
    Sekurang-kurangnya 20 individu cedera dan dibawa ke hospital, dengan sekurang-kurangnya seorang dalam keadaan kritikal.

    Menerusi Twitter, Pengarah Jabatan Polis Miami-Dade, Alfredo ‘Freddy’ Ramirez III, mengutuk insiden itu yang disifatkan sebagai ‘keganasan bersenjata terancang dan pengecut.’

    “Ini adalah pembunuhan kejam membabitkan tembakan secara rambang ke arah orang ramai, dan kami akan memastikan keadilan ditegakkan,” katanya. – AFP

    Polis Miami menyiasat berhampiran penanda bukti kes di kawasan di mana kejadian tembakan berlaku di luar dewan bankuet kelmarin di Hialeh, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda