Tuesday, October 1, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut ketika bantu tangani kebakaran

    ATHENS, 30 SEPT – Kebakaran hutan di tengah Greece telah mengorbankan dua lelaki yang membantu anggota bomba menangani kebakaran, kata pihak berkuasa hari ini.

    Kebakaran berhampiran Corinth, 140 kilometer di barat Athens, telah memaksa beberapa kampung dikosongkan.

    Anastasios Giolis, Timbalan Gabenor Corinth, memberitahu penyiar awam ERT dua lelaki terbunuh ketika memadamkan api, menyebutnya sebagai ‘kemalangan tragik.’

    Mayat lelaki rentung itu ditemui berhampiran perkampungan Ellinikon, menurut laporan media.

    Manakala dua anggota bomba cedera ringan, kata perkhidmatan bomba kepada AFP.

    Kebakaran meletus kelmarin dan merebak dengan cepat akibat angin kencang, menjadikannya sukar dikawal, kata perkhidmatan bomba.

    Lima kawasan berhampiran kebakaran diberitahu untuk dikosongkan, termasuk Pyrgos, Elliniko dan Kallithea.

    Sebanyak 15 kenderaan, tujuh pengebom air dan tiga helikopter dikerahkan untuk memadam kebakaran kelmarin, menurut pasukan bomba. – AFP

    Kelihatan kenderaan bomba di perkampungan Ano Loutro, selatan Athens, ketika kebakaran hutan menghampiri rumah pada 30 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda