Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut selepas runtuhan salji Jepun

    TOKYO, 30 JAN – Dua lelaki telah disahkan maut selepas mayat mereka ditemui berikutan runtuhan salji, sehari selepas kemalangan di wilayah Nagano.

    Pihak berkuasa Jepun enggan mendedahkan identiti mangsa, tetapi majalah ski AS Mountain Gazette melaporkan bahawa salah seorang yang maut ialah pemain ski profesional Amerika, Kyle Smaine.

    Pasukan penyelamat kecemasan mengesahkan kematian dua lelaki itu, jurucakap polis tempatan memberitahu AFP.

    Minggu lalu, cuaca sejuk menyelubungi sebahagian besar Jepun dalam salji tebal, termasuk Nagano, yang menarik ramai pelancong luar semasa musim ski. – AFP

    Pemain ski yang cedera, di belakang kain biru, menaiki ambulans di resort ski di Otari, wilayah Nagano, Jepun. – AP4
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda