Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut selepas trak rempuh pasar di Korea Selatan

    SEOUL, 14 NOV – Polis Korea Selatan sedang berusaha menahan seorang pemandu trak yang melanggar sebuah pasar tradisional, sehingga mengakibatkan dua orang maut dan 19 lagi cedera, menurut pihak berkuasa hari ini.
     
    Kemalangan itu berlaku kelmarin, apabila seorang lelaki berusia lingkungan 60an memandu trak kargo seberat satu tan merempuh pembeli dan gerai pasar jalanan di Bucheon, Wilayah Gyeonggi.
     
    Polis telah meminta pihak trafik dan forensik menganalisis perakam data kenderaan untuk membantu menentukan punca kejadian.
     
    “Kami telah memohon waran tangkap terhadap suspek atas tuduhan menyebabkan kematian dan kecederaan di bawah Akta Kes Khas Kemalangan Jalan Raya,” kata seorang pegawai polis tempatan kepada AFP.
     
    “Kami menyoal siasat suspek selama kira-kira dua setengah jam semalam,” tambah pegawai itu, sambil menyatakan permohonan waran mencerminkan ‘keseriusan kesalahan tersebut.’ – AFP
     
    Trak remuk dilihat selepas merempuh sebuah pasar di Bucheon, Korea Selatan pada 13 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda