Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut, seorang cedera parah dalam serangan rumah ibadat

    LONDON, 2 OKT – Dua orang terbunuh manakala tiga lagi cedera parah hari ini selepas insiden rempuhan kereta dan tikaman di luar sebuah rumah ibadat yang sesak di Manchester, dengan suspek dipercayai ditembak mati oleh polis United Kingdom (UK).

    Polis segera dipanggil ke lokasi untuk mengaktifkan protokol tindak balas kebangsaan terhadap serangan pengganas.

    Serangan tersebut berlaku hanya beberapa hari sebelum ulang tahun kedua serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 terhadap Israel, yang mencetuskan serangan besar-besaran di Gaza dan menimbulkan ketegangan di Britain.

    Perdana Menteri Keir Starmer segera mengecam insiden itu sebagai ‘dahsyat’, sambil mengumumkan kawalan keselamatan di rumah ibadat seluruh UK akan dipertingkatkan.

    Beliau meninggalkan sidang politik Eropah di Denmark lebih awal untuk mempengerusikan mesyuarat keselamatan tergempar di London.

    Raja Charles III pula menyatakan baginda dan Permaisuri Camilla ‘amat terkejut dan sedih mendengar mengenai serangan dahsyat di Manchester, khususnya pada hari yang begitu penting bagi komuniti berkenaan.’

    Polis Greater Manchester mengisytiharkan ‘insiden besar’ sejurus selepas jam 9:30 pagi selepas menerima laporan mengenai serangan di rumah ibadat Heaton Park Hebrew Congregation di kawasan Crumpsall.

    Polis berkata pada mulanya paramedik sedang merawat empat orang mangsa yang cedera akibat rempuhan kereta dan tikaman, sambil mengesahkan unit bersenjata telah menembak seorang lelaki ‘yang dipercayai suspek’. – AFP

    Pasukan kecemasan berada di lokasi rempuhan di rumah ibadat Heaton Park Hebrew Congregation, Crumpsall, Manchester, England, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda