WARSAW, 14 MEI – Dua pelombong maut dan seorang masih hilang selepas sebuah gua di lombong arang batu Myslowice-Wesola runtuh di selatan Poland hari ini, di mana 12 pelombong lain cedera, kata pihak berkuasa perlombongan hari ini.
Runtuhan itu berlaku sekitar jam 3:30 pagi kira-kira 870 meter di bawah tanah di kawasan di mana 15 pelombong bekerja, kata Rajmund Horst, timbalan ketua syarikat yang mengendalikan lombong itu.
Beliau berkata dua daripada pelombong yang ditemui oleh penyelamat dan dibawa ke permukaan telah diisytiharkan meninggal dunia, manakala seorang lagi sedang dibawa ke hospital.
Manakala 11 pelombong lain sebelum itu dibawa ke permukaan dengan mengalami kecederaan. Sembilan daripada mereka masih dirawat di hospital.
Pasukan penyelamat masih mencari seorang pelombong yang hilang tetapi tidak berhubung dengannya. Enam pasukan penyelamat bekerja di kawasan itu. – AP
