Tuesday, April 15, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut, seorang parah dalam kemalangan 4 kenderaan

    KUCHING, 10 APRIL – Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun Jugah, semalam.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa, berkata kejadian berlaku pada 12:40 tengah malam apabila kereta dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dari pusat bandar menghala Jalan Lapangan Terbang terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah kenderaan yang dipandu lelaki berumur 40 tahun.

    Beliau berkata pemandu kedua-dua kenderaan itu maut di tempat kejadian, manakala seorang remaja berumur 14 tahun yang menaiki kenderaan kedua mengalami kecederaan parah, dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak.

    “Kereta ketiga dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah ‘Flyover Kenyalang’ yang merempuh kereta pertama di tengah jalan, sebelum melanggar sebuah kereta lagi yang dipandu lelaki berumur 36 tahun, yang berhenti di bahu jalan untuk membantu mangsa kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Merbin berkata dua lagi pemandu kenderaan terlibat hanya mengalami kecederaan ringan. – Bernama

    Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda