NEW DELHI, 28 JAN – Sekurang-kurangnya dua mayat ditemui dan 12 individu berjaya diselamatkan di bawah runtuhan bangunan empat tingkat yang runtuh di utara awal pagi kelmarin dan disahkan oleh pihak polis tempatan hari ini.
Kedua-dua mayat dikenal pasti sebagai perempuan berusia tujuh dan 17 tahun.
Beberapa orang lagi dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan dan usaha menyelamat masih diteruskan.
Kejadian berlaku di bahagian utara Delhi di kawasan Burari di mana bangunan yang masih dalam pembinaan tiba-tiba runtuh, lalu memerangkap beberapa orang di bawahnya.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital setempat untuk menerima rawatan.
Usaha menyelamat dijalankan sepanjang malam. Ketua Menteri Delhi, Atishi Marlena memberitahu media bahawa segala bantuan yang ada akan diberikan untuk melancarkan usaha menyelamat.- Xinhua