ROME, 9 DIS – Kebakaran di depoh bahan api yang dikendalikan oleh syarikat tenaga Itali, Eni, dekat Florence hari ini membunuh dua orang dan tiga lagi hilang, kata seorang pegawai tempatan.
“Malangnya dua orang kehilangan nyawa, sembilan orang cedera dan tiga orang hilang selepas kebakaran di loji Calenzano,” beritahu seorang jurucakap wilayah Florence kepada AFP.
Dalam satu kenyataan, Eni berkata kebakaran hanya terhad di kawasan pemunggahan dan tidak menjejaskan tangki minyak.
Presiden wilayah Tuscany tengah yang termasuk Calenzano, Eugenio Giani mengesahkan kebakaran itu berjaya dikawal dan berkata pakar kini sedang menilai potensi pencemaran, termasuk di laluan air berdekatan.
Orang ramai dalam lingkungan lima kilometer dari loji telah diberitahu untuk berada di rumah dan menutup pintu serta tingkap.
Siaran video dalam talian oleh Giani menunjukkan kepulan asap hitam yang besar keluar dari kawasan loji itu, yang dikaitkan dengan kilang penapisan Livorno berdekatan.
“Api berjaya dikawal dan asap kelihatan menjulang naik disebabkan perbezaan suhu antara asap dan atmosfera.” – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/12/P21-3C_10122024.jpg)