TOKYO, 14 Julai – Dua mayat ditemui disumbat dalam bagasi yang ditinggalkan di kawasan pergunungan hutan berhampiran Tokyo, disyaki adik-beradik perempuan warga China yang dilaporkan hilang, menurut laporan media tempatan hari ini.
Pegawai polis dilaporkan menemui mayat berkenaan diasak di dalam beg di dua kejadian berasingan di kawasan hutan rimba lewat kelmarin.
Polis mensyaki mayat-mayat berkenaan adalah dua wanita yang bekerja di restoran China berusia antara 22 dan 25 tahun, yang tinggal di Yokohama dan hilang sejak minggu lalu, menurut laporan.
Seorang lelaki Jepun berusia lewat 30-an, merupakan pelanggan restoran tersebut, dilihat dalam kamera pengawasan di apartmen adik-beradik berkenaan sebelum mereka hilang telah dikenal pasti sebagai suspek.
Polis wilayah Kanagawa enggan untuk memberi komen pada penemuan kelmarin itu apabila dihubungi oleh AFP.
Pembunuhan mengerikan sering menarik perhatian dalam tajuk berita di Jepun, disebabkan negara itu dikenali sebagai salah sebuah negara paling selamat di dunia dengan kadar pembunuhan tahunan kurang daripada satu dalam 100,000 orang. – AFP