Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua mayat ditemui dalam sebuah rumah di Sydney

    SYDNEY, 4 JULAI — Mayat dua lelaki telah ditemui di sebuah rumah di kawasan bandar Sydney, menurut kenyataan polis hari ini.

    Menurut kenyataan itu, polis telah menerima laporan kebimbangan terhadap kesejahteraan seseorang di sebuah rumah di kawasan Surry Hills pada petang kelmarin, sebelum menemui mayat seorang lelaki di dalam rumah tersebut.

    Polis telah menubuhkan kawasan kejadian jenayah, dan pencarian lanjut menemukan mayat lelaki kedua di sebuah bilik lain.

    Identiti kedua-dua lelaki itu belum dikenal pasti, namun mereka dipercayai berusia dalam lingkungan 70an dan 80an.

    Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki tersebut dipercayai meninggal dunia pada waktu yang berbeza dalam tempoh sebulan lalu.

    Seorang wanita berusia 63 tahun yang turut mendiami rumah itu telah ditemu bual oleh detektif.

    Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan polis masih diteruskan. – Xinhua

    Gambar FREEPIK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda