Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua menteri Israel tubuh parti baharu

    TEL AVIV, 29 Dis – Dua orang menteri berhaluan kanan kerajaan Israel, semalam melancarkan sebuah parti baharu yang bermatlamat untuk memenangi hati para pengundi sekular menjelang pilihan raya kilat pada April depan.

    Menteri Pendidikan Naftali Bennett dan Menteri Kehakiman Ayelet Shaked berkata mereka berundur daripada parti berhaluan kanan, Parti Jewish Home untuk menubuhkan Parti New Right.

    Parti Nasionalis Jewish Home yang dipimpin Bennett dan Shaked sebagai penolong pemimpin telah menjadi sebahagian parti campuran Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan menduduki lapan kerusi dalam parlimen.

    Pada sidang media, kedua-dua menteri itu berkata bahawa parti baharu mereka adalah bermatlamat untuk mewujudkan kesaksamaan antara para pengundi keagamaan dan bukan keagamaan ‘dalam perkongsian sebenar.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda