Tuesday, February 25, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua miliki barang tegahan kena denda

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Dua warga tempatan yang mengaku bersalah membawa masuk rokok tanpa permit dari pihak kastam, dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Siti Norfazilah binti Abdullah, 44, diarahkan Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain untuk membayar denda $1,200 atas tuduhan memiliki tiga karton dan tiga paket rokok atau berdepan hukuman dua bulan penjara.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan pegawai kastam di Pos Kawalan Kuala Lurah untuk pemeriksaan pada 8 September 2014.

    Dalam bilik mahkamah sama, Harridz bin Haji Abdul Hamid yang didapati memiliki satu karton dan lima paket rokok dan enam tin minuman keras dijatuhi denda $600.

    Dia didakwa memiliki barang tegahan itu di dalam keretanya ketika pemeriksaan dijalankan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 19 Julai 2013.

    Gagal membayar denda akan menyebabkannya dipenjara selama sebulan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda