Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua nama taufan keluar daripada senarai

    GUANGZHOU, 28 Feb – Dua nama taufan, Mangosteen dan Rumbia telah dikeluarkan oleh jawatankuasa taufan disebabkan tahap kemusnahan yang disebabkan oleh taufan itu pada tahun lepas.

    Jawatanakuasa Taufan, badan antara kerajaan di bawah Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) dan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), membuat keputusan itu semasa sesi ke-51 yang sedang berlangsung kelmarin di Guangzhou. Mangosteen dan Rumbia, nama ribut ke-22 dan ke-18, menyebabkan kemusnahan besar di wilayah Asia Pasifik pada tahun 2018.

    Di China, wilayah pinggir laut termasuk Shandong mengalami banjir besar selepas Taufan Rumbia. Sekurang-kurangnya 3.8 juta orang terjejas dan enam orang terkorban dan 15 hilang.

    Jawatankuasa itu mula menamakan ribut tropika di timur laut Pasifik dan Laut China Selatan sejak 2000. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda