TEHRAN, 24 SEPT – Iran dan Maldives memutuskan untuk memulihkan kembali hubungan diplomatik selepas tujuh tahun hubungan kedua-dua negara dingin, lapor Sputnik, memetik media Iran.
Pihak berkuasa kedua-dua negara sepakat untuk mengembalikan jalinan persahabatan antara Iran dan Maldives berdasarkan saling menghormati kedaulatan, kesaksamaan, kepentingan bersama dan kewujudan bersama secara aman, menurut agensi berita Tasnim.
Kedua-dua negara bersetuju membangunkan kerjasama khususnya dalam bidang inovasi, pelaburan, perdagangan dan pelancongan. – Bernama
