HANOI, 17 OKT – Dua nelayan Vietnam maut dan 13 lagi hilang selepas dua bot karam dalam cuaca ribut di Laut China Selatan, kata pihak berkuasa dan media kerajaan hari ini.
Bahagian tengah Vietnam dilanda hujan lebat selama lebih seminggu, mencetuskan banjir serius di pedalaman, dan keadaan berbahaya di laut.
Dua bot membawa 93 nelayan ‘tenggelam akibat angin ribut dan ombak tinggi’ berhampiran Kepulauan Spratly, kata laporan di laman web kerajaan.
Dua nelayan maut selepas ditarik dari air, menurut Agensi Berita Vietnam yang dikendalikan kerajaan.
Seramai 78 orang telah diselamatkan oleh kapal menangkap ikan berhampiran, menurut laporan kerajaan. – AFP


