Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua notis amaran dikeluarkan

    BELAIT, 29 SEPT – Dua kesalahan telah dikesan semasa operasi sepadu yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna bersama Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi ke atas premis-premis perniagaan di Kampung Pandan dan Mumong, Daerah Belait baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikongsikan JPES, kesalahan tersebut adalah di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

    Oleh itu dua notis amaran telah dikeluarkan kepada sebuah premis perniagaan kerana menjual barangan yang dikawal harga iaitu minyak masak, melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan tidak mempamerkan tanda harga pada sebahagian barangan yang dijual dalam premis perniagaan.

    Sementara itu, Unit SDT mendapati sebanyak 18 unit alat sukat dan timbang digunakan bagi tujuan perdagangan yang mana kesemua alat berkenaan adalah sah, tepat dan mematuhi Akta Sukatan dan Timbangan, Penggal 151.

    Peniaga diingatkan untuk mempamerkan tanda harga dengan jelas dan betul serta memastikan barangan yang dikawal harga tidak dijual melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

    Di samping itu, peniaga juga diingatkan untuk sentiasa mempamerkan tanda berat bersih dengan jelas dan memastikan semua alat sukat dan timbang yang digunakan bagi tujuan perniagaan adalah sah dan berdaftar dengan Unit SDT.

    Operasi tersebut dijalankan adalah untuk memastikan kepatuhan terhadap Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Akta Sukatan dan Timbangan.

    Bagi pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi Jabatan Hal Ehwal Pengguna, JPES melalui Talian Darussalam 123 atau e-mel aduanpengguna@jpes.gov.bn atau Unit Sukatan dan Timbangan, IBE melalui nombor 2334092 atau e-mel sdt@mofe.gov.bn.

    Pegawai penguat kuasa JPES semasa menjalankan pemeriksaan ke atas salah sebuah premis perniagaan di Kampung Pandan dan Mumong, Daerah Belait, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JPES
    Pegawai penguat kuasa JPES semasa menjalankan pemeriksaan ke atas salah sebuah premis perniagaan di Kampung Pandan dan Mumong, Daerah Belait, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JPES

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda