Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua orang sembuh dari COVID-19

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Negara Brunei Darussalam tidak mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal 333 orang.

    Sementara itu, dua orang sembuh, menjadikan kes aktif kepada 58 kes, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Dalam pada itu, seramai 150,102 orang telah menerima vaksin sejak Program Vaksinasi Kebangsaan bagi COVID-19 diimplementasikan pada 3 April lalu.

    Kenyataan menjelaskan, daripada jumlah berkenaan, seramai 24,052 orang telah menerima dua dos lengkap manakala itu, seramai 126,050 baharu menerima dos pertama, setakat 5 petang kelmarin. Jumlah penerima vaksinasi pada 26 Julai ialah seramai 3,375 orang.

    Daerah Brunei dan Muara mencatatkan bilangan tertinggi pemberian vaksin iaitu 79,483 bagi dos pertama dan 17,511 bagi dos kedua, Daerah Belait berjumlah 16,357 bagi dos pertama dan 3,072 bagi dos kedua, Daerah Tutong berjumlah 18,935 bagi dos pertama dan 2,539 bagi dos kedua dan Daerah Temburong berjumlah 11,275 bagi dos pertama dan 930 bagi dos kedua.

    Dengan yang demikian, sejumlah 27.8 peratus penduduk Negara Brunei Darussalam telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, manakala sejumlah 5.3 peratus penduduk telah menerima dua dos vaksin. Bagi jumlah warga emas yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pula ialah seramai 21,348 orang.

    Menurut kenyataan, kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 ialah pada 6 Mei 2020 (447 hari yang lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sebanyak 192 kes.

    Seramai 550 orang pula sedang menjalani pengasingan diri mandatori, dengan seramai 22,631 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Manakala itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 553 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 151,495 ujian.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda