Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua panda gergasi buat penampilan pertama di Washington

    WASHINGTON, 26 JAN – Dua ekor panda gergasi telah membuat penampilan pertama secara terbuka Jumaat lalu di hadapan ratusan peminatnya, di Washington.

    Bao Li dan Qing Bao berkeliaran di sekitar kandang, bermain salji dan mengunyah buluh di Zoo Negara Smithsonian di ibu negara Amerika Syarikat.

    Kedua-dua panda itu, yang tiba dari China Oktober lalu, telah dikuarantin sementara rumah haiwan itu diubah suai dengan struktur pendakian baharu, ciri air dan zon batu.

    Bao Li dan Qing Bao kedua-duanya berusia tiga tahun adalah sebahagian daripada perjanjian 10 tahun dengan China, selepas panda sebelumnya di Washington pulang ke tanah air pada 2023.

    Ketibaannya adalah babak terbaharu digelar ‘diplomasi panda’ di mana beruang hitam-putih China dihantar ke seluruh dunia sebagai duta yang mampu menjadi tarikan. – AFP

    Gambar menunjukkan Qing Bao memakan buluh di dalam kandangnya di Zoo Negara pada 24 Januari di Washington, DC. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda