Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua parti sokong Puidgemont jadi presiden

    BARCELONA, 17 Jan – Dua parti pro-kemerdekaan terbesar di Catalonia berkata semalam me-reka telah mencapai kata sepakat untuk melantik pemimpin serantau Carles Puigdemont untuk menjadi presiden, meskipun pembuangannya di Belgium dan desakan Madrid mengatakan beliau tidak boleh memerintah secara tersendiri.

    Parti pemisah ERC dan parti pimpinan Puigdemont Bersama untuk Catalonia mencapai satu perjanjian untuk menyokongnya “sebagai calon untuk presiden rantau Catalonia,” kata satu kenyataan bersama.

    Kerajaan pusat di Madrid telah mengingatkan ia akan mengekalkan kawalan langsung ke atas Catalonia sekiranya Puigdemont berusaha mentadbir dari Belgium, di mana beliau dan menteri lain yang disingkirkan melarikan diri pada Oktober lalu selepas penggubal undang-undang Catalonia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda