Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pegawai ABDB naik pangkat

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dua orang pegawai kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat daripada pangkat leftenan kolonel ke pangkat kolonel tetap, hari ini. Majlis Penyampaian Lencana Kenaikan Pangkat telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan yang berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, setiausaha tetap, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, pemangku pemerintah angkatan tentera, pemangku pemerintah Angkatan Bersama ABDB, timbalan setiausaha tetap, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan, mantan-mantan Pemerintah ABDB dan ahli keluarga pegawai-pegawai kanan yang telah dinaikkan pangkat.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, bagi memberkati majlis.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi turut hadir semasa majlis kenaikan pangkat. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi menyempurnakan pemasangan tanda pangkat kepada pegawai – pegawai kanan ABDB yang dinaikkan pangkat pada majlis yang berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison. – GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda