Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pegawai kanan dilantik hakim mahkamah perantaraan

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan pelantikan dua pegawai kanan kehakiman sebagai hakim Mahkamah Perantaraan.

    Pendaftar Kanan Mahka-mah Besar, Hajah Hazarena binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah dan Harnita Zelda Skinner dilantik sebagai hakim Mahkamah Perantaraan.

    Kedua-duanya diraikan dalam majlis mengangkat sumpah yang berlangsung di Mahkamah Tinggi di hadapan Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong.

    Majlis itu turut dihadiri Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid, Hakim Pengiran Datin Paduka Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman, pegawai-pegawai dan kakitangan Mahkamah Besar, Mahkamah Rendah, dan ahli keluarga pegawai kanan kehakiman berkenaan.

    Hajah Hazarena (kiri) dan Harnita Zelda Skinner (kanan). – Gambar serahan Mahkamah Tinggi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda