Saturday, February 15, 2025
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pegawai kanan naik pangkat

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan kenaikan pangkat dua pegawai kanan jabatan tersebut.

    Pegawai Pentadbir Kanan JPA, Dayang Sufinah binti Haji Serudin telah dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Pejabat SPA, JPM.

    Manakala Pegawai Pentadbir Kanan JPA, Pengiran Mohammad Jeffrynul Hafli bin Pengiran Haji Ali telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan di Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.

    Tarikh kenaikan pangkat pegawai-pegawai berkenaan mula berkuat kuasa pada 16 September 2023.

    Gambar Canva

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda