Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pegawai polis Seoul dijatuhi hukuman

    SEOUL, 14 FEB – Mahkamah Korea Selatan menjatuhkan hukuman terhadap dua bekas pegawai kanan polis hari ini kerana memusnahkan bukti yang dikaitkan dengan kejadian maut di Seoul pada Halloween 2022.

    Ia merupakan pegawai polis pertama yang dijatuhkan hukuman berhubung kejadian tersebut.

    Berpuluh-puluh ribu orang kebanyakannya golongan yang berumur 20an dan 30an telah keluar pada 29 Oktober 2022, untuk menikmati perayaan percutian pasca-pandemik pertama di daerah hiburan malam yang popular di Itaewon.

    Tetapi pada malam kejadian malang itu, orang ramai memasuki lorong sempit antara bar dan kelab, disebabkan ramainya bilangan mereka dan kekurangan keberkesanan kawalan terhadap orang ramai menyebabkan hampir 160 orang terkorban.

    Kedua-dua bekas pegawai polis itu dijatuhkan hukuman penjara kerana mengarahkan selepas kejadian itu untuk memadam empat laporan polis dalaman yang telah mengenal pasti lebih awal kebimbangan keselamatan terhadap kemungkinan kesesakan di kawasan itu.

    Mahkamah Daerah Barat Seoul menjatuhkan hukuman penjara setengah tahun kepada bekas Pegawai Risikan Kanan di Agensi Polis Metropolitan Seoul, Park Sung-min dan bekas Pegawai Risikan di Balai Polis Yongsan, Kim Jin-ho, dihukum penjara setahun yang digantung selama tiga tahun.

    “Defendan sepatutnya secara aktif bekerjasama dengan penyiasatan dengan mengekalkan data sedia ada, tetapi sebaliknya, mereka memadam atau sewenang-wenangnya memusnahkan laporan dalaman yang ditulis sebelum kemalangan dan memusnahkan bukti,” kata mahkamah.

    Mahkamah menambah ‘hukuman tegas’ tidak dapat dielakkan kerana mereka ‘menyukarkan untuk menentukan kebenaran dengan meminimumkan dan menyembunyikan tanggungjawab polis.” Park dan Kim adalah pegawai polis pertama yang disabitkan kesalahan atas kejadian Itaewon. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda