Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pegawai tentera terbunuh serangan di Akademi Pertahanan Nigeria

    KANO, NIGERIA, 24 OGOS – Kumpulan bersenjata menyerang akademi tentera elit Nigeria hari ini, membunuh dua pegawai dan menculik seorang lagi dalam serangan terhadap angkatan bersenjata.

    Serangan di Akademi Pertahanan Nigeria, sekolah latihan pegawai utama negara, adalah tamparan besar bagi tentera yang sudah berjuang dengan pemberontakan dan kumpulan penjenayah bersenjata.

    “Bangunan keselamatan Akademi Pertahanan Nigeria dikompromikan pagi ini oleh orang bersenjata yang tidak diketahui,” kata Mejar Bashir Muhammad Jajira, jurucakap akademi di negara bahagian barat laut Kaduna.

    “Kami kehilangan dua anggota dan seorang diculik.” Mesej tentera dalaman yang disampaikan kepada AFP mengatakan seorang komander leftenan dan seorang leftenan terbunuh dan seorang mejar diculik. Seorang pegawai lain juga cedera. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda