BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei telah memohon kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan dua pekerja lelaki warga Indonesia yang lari daripada majikan.
Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, laporan mengenai Kuwadi, 34, yang memegang kad pengenalan bernombor 51-411408 (Hijau) dan Fatkhur Rohman, 24, dengan nombor kad pengenalan 51-413085 (Hijau) telah dibuat di Balai Polis Kuala Belait, Daerah Polis Belait.
Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati dengan melayari laman sesawang Pasukan Polis Diraja Brunei di alamat www.police.gov.bn dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya diminta menghubungi Balai Polis Kuala Belait di talian 3334324, hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

