Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong, Daerah Polis Brunei dan Muara, mengenai seorang pekerja warganegara Indonesia iaitu Eko Widodo yang ber-usia 33 tahun dengan nombor pasport, B6975648 dan seorang lelaki warganegara India iaitu Balamugugan Muthusamy yang berusia 48 tahun dengan nombor pasport, U0011568.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.