Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pekerja stadium maut dibunuh gajah

    COLOMBO, 8 DIS – Dua kakitangan stadium kriket antarabangsa di Sri Lanka maut dalam serangan gajah, kata pegawai hari ini.

    Dua pekerja tersebut sedang menuju pulang ke rumah malam semalam semasa mereka diserang di luar stadium antarabangsa Suriyawewa Mahinda Rajapaksa di Hambantota.

    Mayat mereka ditemui sekitar 500m jauhnya, kata pegawai Kriket Sri Lanka kepada AFP, menambah bahawa disebabkan tidak ada saksi, mungkin seekor haiwan dipercayai telah menyerang kedua-dua lelaki tersebut.

    Lokasi kejadian adalah berdekatan tempat perlindungan haiwan dan terkenal dengan konflik gajah-manusia disebabkan kehilangan habitat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda