Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pelajar sekolah antara tiga ditahan menipu, menyamar anggota polis

    ALOR GAJAH, 18 JAN – Tiga lelaki termasuk dua pelajar sekolah ditahan disyaki menipu sebagai tahanan polis, membebaskan tahanan serta menyamar sebagai anggota polis dengan melibatkan kerugian berjumlah RM25,000 pada November lepas.

    Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad Abu berkata seorang daripada mereka iaitu remaja berusia 15 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah menengah di Masjid Tanah telah menipu dirinya ditahan polis dan berkomplot dengan dua lagi rakannya berusia 17 dan 29 tahun yang menyamar sebagai anggota polis.

    “Pelajar berusia 15 tahun itu merupakan anak tunggal dan tidak pulang ke rumah selama dua hari sejak 25 November lepas sehingga menyebabkan ibunya bertindak berjumpa dengan lelaki berusia 29 tahun terbabit pada 27 November untuk mengetahui tentang anaknya.

    “Wanita itu dimaklumkan oleh lelaki itu yang menyamar sebagai polis bahawa anaknya telah ditahan dan memerlukan sejumlah wang untuk pembebasan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda