Thursday, November 7, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pelajar UNISSA berlepas ke Malaysia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Dua pelajar dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menyertai Program Belajar ke Luar Negara (SAP) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

    Kedua-duanya merupakan pelajar Tahun 3 daripada Program Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan Islam; Dayang Nurul Asyiqin binti Haji Abdul Rahman dan Dayang Hanisah Hannah binti Mohammad Sufri yang akan mengikuti program SAP selama dua semester.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas, bagi mengucapkan selamat belayar ialah Dekan FPPI, Profesor Madya Dr Anis Thoha; Timbalan Dekan FPPI, Awang Mohammed Sahrin bin Haji Masri; dan Penyelaras At-Tamayyuz FPPI, Dr Suleiman Mohammed Hussein Boayo.

    Profesor Madya Dr Anis Thoha bergambar bersama dua pelajar yang akan berlepas ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda