Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pelajar UTB tamat semester terakhir di Turkiye

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Dua pelajar dari Universiti Teknologi Brunei (UTB), Dayang Siti Sara binti Haji Jamal’uddin dan Dayang Syafiqah Nazirah binti Suaime berlepas ke Turkiye untuk menamatkan semester terakhir tahun akhir mereka di ibu negara, Ankara, hari ini.

    Pelajar tersebut akan diberikan pendedahan dan mempunyai akses kepada pelbagai sektor yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka dengan melawat beberapa institusi awam dan swasta. Antara institusi tersebut ialah Majlis Tertinggi Radio dan Televisyen (RTUK), syarikat komunikasi satelit milik kerajaan Turksat AS, penyiaran awam Turkiye (TRT) serta saluran berita Anadolu Ajansı dengan wakil di lebih 100 negara dan menyiarkan berita dalam 13 bahasa termasuk bahasa Melayu. Para pelajar juga akan melawat jabatan berkaitan di beberapa universiti di Ankara.

    Sehubungan itu, Kedutaan Republik Turkiye telah memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara kira-kira 209 universiti Turkiye dan UTB, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei. Hari Biasiswa Turkiye juga baru-baru ini diadakan untuk meningkatkan akses dan maklumat bagi pelajar Brunei untuk meneruskan peluang pendidikan di Turkiye.

    Gambar ramai pelajar UTB bersama Duta Turkiye di Brunei dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Ankara, Turkiye. – GAMBAR SERAHAN UTB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda