ANCHORAGE, Alaska, 3 Apr – Satu kebocoran minyak ditemui di Cook Inlet Alaska pada Sabtu, mendorong pengeluar minyak dan gas menutup dua daripada pelantar minyak di sana, kata pegawai.
Pekerja Hilcorp Alaska LLC terasa impak ke atas syarikat Anna Platform sejurus sebelum tengah hari pada Sabtu, seterusnya mendapati kilauan minyak dan buih dari dalam air, menurut Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar Alaska.
Tumpahan berlaku di bahagian barat Cook Inlet, ke barat daya Anchorage. Pegawai berkata tumpahan adalah daripada saluran paip dalam air yang membawa lebih daripada 19,000 gelen minyak mentah. Masih tidak jelas berapa banyak minyak yang tumpah ke dalam serokan. Hilcorp berkata ia mengurangkan tekanan dalam saluran paip dan telah menggaji kontraktor selam untuk menyiasat kebocoran.
“Saya amat bimbang dengan kesan ke atas alam sekitar,” kata Gabernor Bill Walker dalam satu kenyataan semalam.
“Pasukan Pencegahan dan Respon Tumpahan telah bertindak segera, dan akan memberitahu saya tentang perkembangan yang berlaku.”
Hilcorp, Pengawal Pantai AS dan Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar telah menubuhkan satu pos perintah dalam respon terhadap tumpahan tersebut. Terdapat berpuluh spesis ikan, burung dan haiwan laut yang mungkin berada di kawasan Cook Inlet, kemungkinan besar termasuk ikan paus beluga, singa laut Steller dan ikan paus humpback.
Gas asli telah terbocor daripada satu lagi saluran paip Hilcorp di Cook Inlet sejak pertengahan Disember. Syarikat itu buat sementara waktu menutup pengeluaran pada hujung minggu lalu, sekali gus mengurangkan keperluan pelantar untuk tenaga dan membenarkan Hilcorp mengurangkan tekanan dalam saluran paip yang bocor. – AP