Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Dua pembantah maut, 54 anggota keselamatan Sudan cedera

    KHARTOUM, 7 JAN – Dua penunjuk perasaan terbunuh dan 54 anggota keselamatan cedera dalam demonstrasi di ibu negara Khartoum kelmarin, lapor Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.

    Enam puluh suspek ditangkap ketika tunjuk perasaan dan tindakan undang-undang telah diambil terhadap mereka, kata polis dalam satu kenyataan.

    Tunjuk perasaan diadakan kelmarin di ibu kota Sudan, bagi menuntut supaya kuasa pemerintahan dikembalikan kepada kerajaan awam.

    Peserta demonstrasi cuba berarak ke istana presiden, tetapi pasukan keselamatan bertindak menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan keadaan, kata seorang saksi.

    Perkhidmatan komunikasi dan Internet turut terganggu di Khartoum menjelang hari demonstrasi.

    Anggota keselamatan bertindak menutup jalan utama dan pasukan tentera dikerah sekitar ibu pejabat perintah am ketenteraan serta istana presiden.

    Jambatan menghubungkan tiga bandar utama Khartoum, Omdurman dan Bahri turut ditutup menjelang demonstrasi, tetapi jambatan Al-Halfaya dan Suba dibuka kepada lalu lintas.

    Pada 2 Januari lalu, Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok mengumumkan peletakan jawatannya ketika gelombang protes melanda negara sejak itu beberapa minggu kebelakangan ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...