Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pembantu Suu Kyi dipenjara

    YANGON, 30 DIS – Sebuah mahkamah junta Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap dua pembantu rapat Aung San Suu Kyi atas dakwaan hasutan, satu sumber perundangan memberitahu AFP.

    Hukuman tersebut, dijatuhkan dalam sebuah mahkamah khas di penjara Insein, Yangon, adalah pukulan terkini dalam kempen undang-undang pihak berkuasa tentera terhadap Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) pimpinan Suu Kyi.

    Kedua-dua mereka merupa-kan ahli jawatankuasa pusat NLD iaitu penasihat ekonomi Han Thar Myint dan Thein O.

    Wartawan-wartawan tidak dibenarkan menghadiri pendengaran mahkamah dan peguam-peguam pula ditegah daripada bercakap dengan media. – AFP

    Gambar bertarikh 1 Februari 2016 menunjukkan Aung San Suu Kyi meninggalkan bangunan selepas sesi parlimen dewan rendah baharu di Naypyidaw. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda